30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Adik Nik Aziz meninggal dunia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TOKOH ulama Kelantan yang juga merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Razi Nik Mat meninggal dunia, pada Isnin.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia selepas diuji sakit dan terlantar hampir empat bulan.

Perkara tersebut dimaklumkan Nik Omar Abdul Aziz yang merupakan anak bekas Mursyidul Am Pas itu.

“Mendapat berita kematian bapa saudara saya Ayah Zi (Nik Radzi).

“Ayah Zi adalah adik ayahanda tok guru yang seibu dan sebapa. Semoga pemergiannya diiringi rahmat dan maghfirah dari AllahAmin,” tulisnya di laman Facebook pada Isnin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi Facebook rasminya berkata, kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Nik Razi.

“Berita duka kembalinya menemui pencipta tokoh ulama’ Kelantan Tuan Guru Nik Razi Nik Mat pada pagi ini 26 Ramadan 1444H setelah diuji sakit terlantar hampir 4 bulan.

“Almarhum yang juga merupakan adinda kepada Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya merakamkan takziah kepada ahli keluarganya almarhum Tuan Guru. Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya disisi para solehin,” katanya. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan