31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tiada tindakan undang-undang dikenakan, tangguh PTPTN

Peminjam yang diluluskan penangguhan, akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mengenakan sebarang tindakan penguatkuasaan dan perundangan terhadap peminjam sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik dikuatkuasakan.

Bagaimanapun PTPTN dalam kenyataannya berkata, pengecualian dibuat terhadap peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN.

“Peminjam yang diluluskan penangguhan, akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuat kuasa.

“Kos pentadbiran atau ujrah juga tidak dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diberikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PTPTN berkata, peminjam hanya perlu melengkapkan maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan, memuat naik dokumen pendapatan bulanan terkini dan membuat perakuan kebenaran ke atas maklumat yang diberikan.

“PTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui emel yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.

Advertisements

“Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu telah mengumumkanpenangguhan bayaran balik untuk tempoh enam bulan dan diskaun bayaran balik pinjaman selama tiga bulan mulai semalam.

“Dalam pelaksanaan itu, semua peminjam yang mempunyai pendapatan bulanan RM1,800 (gaji kasar) ke bawah layak memohon melalui portal rasmi PTPTN.

“Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN pula dibahagikan kepada empat kategori iaitu diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang.

“Dua lagi kategori adalah diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik dan diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

“Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini,” katanya.

Peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang disediakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan