30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Abang Johari seru rakyat Sarawak waspada risiko banjir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat Sarawak supaya sentiasa berwaspada kemungkinan banjir yang dijangka berlaku pada bila-bila masa sahaja sehingga 15 Mac nanti.

Beliau berkata, di Batu Kawa terdapat sedikit pengurangan kawasan terjejas banjir dan tidak seperti pada tahun-tahun yang lalu selepas adanya benteng di Kampung Rantau Panjang.

“Saya rasa selepas benteng ini siap, kita dapat mempertahankan kampung-kampung daripada banjir kilat,” katanya semasa mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu Kawa hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, kerajaan negeri ketika ini sedang melaksanakan satu kajian

Advertisements

menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada dan akan mengadaptasi sistem saliran terbaik dunia termasuk dari Belanda bagi menangani banjir di negara tersebut.

“Belanda merupakan sebuah negara yang berada di bawah paras laut dan mempunyai sistem yang baik dan mungkin boleh kita gunakan di Sarawak.

“Kui Hian telah mengetuai misi melaksanakan kajian tersebut di Belanda baru-baru ini dan kita akan laksanakan sistem baharu ini secara berperingkat bermula di Kuching, kemudian ke bahagian seterusnya yang berisiko banjir,” jelasnya.

Abang Johari berkata, projek sistem saliran baharu tersebut bakal melibatkan satu peruntukan besar, namun kerajaan bersedia memberi komitmen bagi menyelesaikan masalah banjir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan