26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Puteri Sarah, Syamsul diarah ke Jawatankuasa Pendamai

Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu mendakwa dia pernah dipukul oleh Syamsul pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof  dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.

Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah seperti dipohon isterinya itu berikutan beranggapan masih ada sinar bagi memperbaiki hubungan tersebut.

Bagaimanapun, Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh Syamsul pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.

Puteri Sarah berkata demikian di hadapan Hakim ketika prosiding tuntutan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah.

Puteri Sarah berkata, bukti baharu itu dikemukakan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadapnya hari ini.

“Sebolehnya saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu, tapi disebabkan Syamsul tidak mahu melepaskan saya maka saya dedahkan kepada mahkamah. 

“Sebelum ini saya bertindak berdiam diri kerana masih menyimpan rasa sayang. Tambah pula, bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu. 

“Namun yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah dua tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya.

Menurut peguam yang diwakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, insiden dipukul itu adalah salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah selepas didakwa nusyuz oleh Syamsul. 

“Kejadian dipukul antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz). 

Advertisements

“Pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Namun begitu, mengenangkan hubungan baik dengan keluarga mentua dia kembali semula ke rumah.

“Jadi andaian anak guam saya keluar ke rumah tanpa izin adalah tidak betul sebab anak guam saya ada alasan kukuh,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

“Tambahan pula, saya bersama anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin. Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga sehingga telah lama tidak pulang ke rumah.

“Saya percaya oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak maka saya percaya jika diteruskan (perkahwinan) mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak,” katanya menurut dokumen itu.

Puteri Sarah menegaskan keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah, masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan