25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Banjir Johor catat lima korban, 210 PPS masih dibuka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANJIR yang melanda Johor sejak seminggu lalu telah mencatatkan lima korban membabitkan tiga buah daerah di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, mereka yang dilaporkan maut adalah K. Sarathkumar yang menetap di Kluang, manakala Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan A. Fatimah yang menetap di Segamat serta Sharon Tan yang menetap di Mersing.

Menurutnya, dalam perkembangan jumlah mangsa banjir pula, keadaan dilihat semakin pulih apabila jumlah mangsa terus mencatatkan penurunan ekoran cuaca baik semalam.

“Setakat pukul 8 pagi hari ini, seramai 39,620 mangsa masih ditempatkan di sejumlah 210 pusat pemindahan sementara (PPS) dibandingkan 40,129 mangsa yang ditempatkan di 216 PPS, pada pukul 8 malam, semalam.

Advertisements

“Jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sebanyak 10,826 buah keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Azmi lagi, sembilan daerah di negeri ini masih terjejas akibat banjir dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa adalah Batu Pahat dengan seramai 22,209 mangsa.

“Ini diikuti daerah Muar (5,094 mangsa); Segamat (4,036 mangsa); Kluang (2,591 mangsa); Tangkak (2,584 mangsa); Kota Tinggi (1,754 mangsa); Mersing (1,164 mangsa); Pontian (150 mangsa) dan Johor Bahru (38 mangsa),” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan