Wednesday, June 17, 2026

Polis buru pengirim ‘ubat gigi ganja’ kepada PM, Rafizi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang memburu pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata, pihaknya terdahulu telah mengenal pasti dan mendapat butiran mengenai pengirim terbabit.

“Sehubungan dengan itu, polis dalam usaha mengesan individu itu yang dipercayai warga tempatan, untuk ditahan.

“Bungkusan itu selepas kita hantar ke makmal kimia dan hasil analisa mendapati tidak mengandungi sebarang jenis dadah dan ia adalah ubat gigi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang menyiasat penghantaran bungkusan yang disyaki mengandungi barang terlarang, dialamatkan kepada Anwar dan Rafizi.- BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan