24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jangan ambil risiko makan ikan buntal – PHM

Ikan ini mengandungi toksin tetrodotoxin atau saxitoxin yang kuat dan lebih bahaya daripada sianida.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUBLIC Health Malaysia (PHM) menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak mengambil risiko dengan memakan ikan buntal terutama dari pembekal yang tidak diketahui.

Ini kerana, ikan buntal mengandungi toksin tetrodotoxin atau saxitoxin yang kuat.

PHM berkata, toksin ini menyerang sistem saraf pusat dan lebih berbahaya daripada sianida dengan gejala bermula dalam masa 20 minit hingga dua jam selepas memakannya ikan tersebut.

“Gejala awal termasuk kebas pada bibir dan mulut, diikuti dengan pening, kebas pada bahagian kaki, masalah untuk bercakap, hilang keseimbangan, lemah otot dan lumpuh.

“Bahagian yang tersimpan racun adalah hati, gonad (ovari dan testis), usus dan kulit ikan buntal. Daging ikan akan tercemar dengan toksin tersebut jika bahagian racun tidak dibuang dengan cara yang betul.

Advertisements

“Toksin ikan buntal tidak boleh dimusnahkan dengan memasak atau pembekuan,” kata PHM menerusi Facebook hari ini.

PHM berkongsikan maklumat berkenaan susulan kes sepasang suami isteri dari Kluang, Johor yang mengalami keracunan serius selepas memakan ikan buntal yang dibeli dari peniaga di Facebook.

Dalam kejadian tersebut, wanita warga emas maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selamat memakan ikan buntal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, mangsa mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada pukul 3 petang Jumaat lalu, dan kemudian disahkan maut pada pukul 7 petang Sabtu lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan