31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jho Low dijatuhi hukuman penjara 10 tahun

Turut dijatuhi hukuman sama adalah seorang sheikh dengan rakan kongsinya termasuk dua lagi warga asing.

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Kuwait menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar Kuwait Al-Qabas melaporkan, turut dijatuhi hukuman sama adalah seorang sheikh dengan rakan kongsinya termasuk dua lagi warga asing.

Seorang peguam turut dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia.

Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan nama sheikh terbabit termasuk rakan kongsi, mahupun peguam berkenaan. Laporan itu hanya menyebutnya sebagai ‘dana Malaysia’.

Laporan akhbar Al-Qabas menyatakan ia berkait kes pengubahan wang haram terbesar selain mengenal pasti identiti wang asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis bernama Bachar Kiwan.

Sementara itu, portal Sarawak Report melaporkan dana Malaysia itu merujuk kepada 1MDB.

Dalam pada itu, laporan Sarawak Report juga mendakwa sheikh yang disebut-sebut itu adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah.

Mereka juga diarah memulangkan AS$1 bilion (RM4.4 bilion) selain membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).

Tambahnya, kelima-lima mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk mata wang China bersamaan dengan jumlah KD343,700,000 (RM4.95 bilion).

Prosiding kes tersebut dijalankan tanpa kehadiran Jho Low. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan