32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Mahkamah pulangkan pasport Zahid secara kekal

Mesti Baca

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi.

Beliau juga dibenarkan menyimpan pasport diplomatiknya secara kekal untuk membolehkannya ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah ketika dirinya masih lagi sedang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah.

Hari ini, tiga panel hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara menerima permohonan Presiden UMNO itu untuk mendapatkan kembali pasport beliau secara kekal.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob memberitahu mahkamah, pihaknya telah mendapat arahan untuk tidak membantah permohonan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan pada 3 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hanya membenarkan pelepasan sementara dokumen itu untuk Ahmad Zahid, memohon pasport diplomatik dan seterusnya menyerahkan semula kedua-dua pasport itu kepada mahkamah selepas segala urusan permohonan diplomatik selesai.

Baca juga:   PRU15 : Perjuangan politik rentasi gender, etnik

Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.

Ahmad Zahid memohon pelepasan pasport dipertimbangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan supaya dokumen itu dapat dilepaskan secara penuh dan kekal dengan apa-apa syarat sewajarnya yang dikenakan oleh mahkamah.

Baca juga:   Countinho sertai Chelsea atau Arsenal?

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada pasport.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah menerima mandat dan tanggungjawab utama daripada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakilkan beliau dalam beberapa urusan pentadbiran negara,” katanya dalam afidavitnya sebelum ini. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan