26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hainan, China.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi hantaran beliau di Facebook, di sini, hari ini.

Pertemuan empat mata bersama Hsien Loong diadakan sebelum Anwar menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan, China pada Khamis yang merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke China.

Pada Rabu, pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang antarabangsa Boao pada pukul 5.29 petang (waktu tempatan sama dengan waktu Malaysia).

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam lawatan berkenaan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan