25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

ASEAN tidak boleh berdiam perkembangan jejaskan rantau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONSENSUS membuat keputusan terus menjadi prinsip utama ASEAN, namun ia tidak bermakna kumpulan serantau itu harus berdiam diri berhubung perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kritikan terhadap ASEAN khususnya tertumpu kepada dua prinsipnya iaitu membuat keputusan secara konsensus dan tidak campur tangan.

“Hari ini, membuat keputusan melalui konsensus terus menjadi prinsip utama ASEAN. Bagaimanapun, ini tidak bermakna ASEAN harus berdiam diri mengenai perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini atau khususnya pelanggaran Piagam ASEAN olehnya anggotanya sendiri.

“Sejujurnya, saya percaya bahawa tidak campur tangan bukanlah satu lesen untuk sikap tidak ambil peduli,” kata beliau dalam ceramah bertajuk ‘30 Tahun Selepas Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN di Universiti Filipina di sini pada Khamis.

Terdahulu, Perdana Menteri telah dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat daripada senat universiti itu.

Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari, negara ASEAN kelima dikunjunginya sejak dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada November tahun lepas.

Mengenai keperluan untuk menggantung sementara Myanmar yang dinyatakanya semasa di Bangkok baru-baru ini, berhubung pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan, perdana menteri menegaskan bahawa adalah penting untuk terus berpegang pada satu daripada cita-cita utama ASEAN, iaitu mempertahankan perjuangan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Advertisements

Semasa pertemuan dua hala dengan Presiden, Ferdinand Marcos Jr di Istana Malacanang semalam, Anwar telah meluahkan kebimbangannya tentang isu Myanmar yang masih belum selesai sehingga turut menjejaskan Malaysia susulan jumlah pelariannya yang ramai.

Beliau berkata, jumlah pelarian Myanmar di Malaysia kini melebihi 200,000 orang.

“Presiden (Filipina), telah mengulangi keperluan konsensus lima perkara namun saya menyarankan supaya meneroka kaedah baharu bagi memujuk junta Myanmar agar berusaha dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam ASEAN serta menyelesaikan isu yang tertangguh dan tidak boleh dianggap sebagai isu dalaman semata kerana ia menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan rantau ini, ” kata beliau pada sidang media bersama Presiden Filipina.

Perdana Menteri juga menyeru negara anggota ASEAN supaya menjadi rakan kerjasama yang berusaha ke arah kebaikan rakyatnya dalam dunia yang adil dan aman.

“Oleh itu, kerjasama dalam semua perkara penting yang mengikat kita sebagai kumpulan serantau yang pelbagai hala dan budaya untuk masa depan ASEAN,” kata beliau.

Anwar mengucapkan tahniah kepada Filipina dan rakyatnya di atas keberanian mereka dalam perjuangan demokrasi.

“Anda telah menunjukkan tanpa keraguan bahawa anda mampu menghadapi kuasa yang angkuh dan menunjukkan kepada kami, di ASEAN dan seterusnya, bahawa kekalahan dalam masa kesusahan bukanlah satu pilihan.”

“Anda telah menunjukkan bahawa demokrasi bukan slogan semata-mata untuk dibualkan hanya pada masa pilihan raya dan bahawa demokrasi digunakan dengan betul, sememangnya memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka ke arah yang lebih baik,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan