24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Saingan Piala MFL disiar secara langsung di Youtube

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AKSI saingan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2023 yang akan membuka tirainya hari ini akan disiarkan secara langsung di saluran Youtube MFL.

MFL menerusi kenyataan berkata, siaran langsung bagi aksi Piala MFL atau liga simpanan untuk skuad bawah 23 tahun itu akan melibatkan 127 perlawanan sepanjang musim ini.

“Inisiatif yang dilaksanakan MFL ini adalah untuk membolehkan peminat-peminat bola sepak tanah air dapat mengikuti perkembangan saingan Piala MFL yang dibarisi generasi pemain seterusnya untuk diserapkan ke dalam skuad Liga Super.

Advertisements

“Kejohanan Piala MFL ini merupakan edisi sulung yang diperkenalkan sebagai medan persaingan kepada pemain-pemain berumur 23 tahun bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan dan pendedahan dalam aksi kompetitif,” katanya.

Perlawanan sulung Piala MFL musim ini adalah membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Penang FC pada pukul 8.15 malam disusuli aksi skuad Projek FAM-MSN menentang PDRM FC yang akan bermula pukul 9 malam.

Empat lagi perlawanan akan berlangsung esok sementara aksi antara Kelantan United dan Sabah FC ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan