26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Tiga lot kedai Taman Taming Jaya hangus terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA lot kedai di Taman Taming Jaya di Kajang musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.53 malam.

“Seramai 35 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi, BBP Serdang, BBP Sungai Besi dan BBP Jalan Hang Tuah telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Sebaik sahaja tiba, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan tiga lot kedai jenis teres satu tingkat.

“Setiap unit premis berkenaan di dapati hangus terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Badal haji: TH minta orang ramai berhati-hati

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan