26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

RM400,000 bina semula jambatan, jeti Pulau Pababag – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyalurkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi pembinaan semula jambatan dan jeti di Pulau Pababag, Semporna, Sabah yang runtuh baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, pihaknya menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna bagi membina segera jambatan dan jeti tersebut.

“Saya berharap agar pembinaan jambatan dan jeti ini dapat dilaksanakan dengan segera bagi membantu seramai sekurang-kurangnya 151 orang murid sekolah dan 35 orang murid Tadika Kemas ke sekolah serta penduduk kampung yang terjejas pergerakan harian mereka akibat jambatan dan jeti yang telah runtuh tempoh hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zahid berkata, beliau mengetahui kejadian itu ketika berada di Sabah bagi meninjau keadaan banjir di daerah Pitas pada 30 Januari lalu.

Baca juga:   Kenaikan harga besi beri impak negatif terhadap pemaju, rakyat

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Semporna oleh Abdul Manan Indanan telah memaklumkan tentang kejadian jambatan dan jeti kayu yang telah roboh di Pulau Pababag.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan pihak KKDW segera berhubung dengan Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera.

Ini kerana, jelas beliau, laluan tersebut adalah laluan biasa bagi urusan pergerakan harian penduduk Pulau Pababag termasuk menghantar anak-anak ke sekolah serta Tadika Kemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, tiga guru terpaksa terjun ke laut demi menyelamatkan murid yang terjatuh apabila jeti dan jambatan Pulau Pababag runtuh.

Baca juga:   BN kekal sokong kerajaan PN - Ahmad Zahid

Dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag mengalami kecederaan manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi Isnin.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan