26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Pakej Perpaduan Jalur Lebar RM69 sebulan dilancar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAKEJ Perpaduan Jalur Lebar Tetap dilancarkan hari ini bagi membantu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu yang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup rakyat, menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had pada harga hanya RM69 sebulan.

“Pakej ini akan mula ditawarkan pada Mac 2023 dengan kontrak langganan 24 bulan. Harga pakej ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi sama, iaitu sekitar RM89.

“Ini bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan RM480 sepanjang tempoh kontrak. Pakej ini adalah dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap, iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:   Tiada kekangan media lapor berita - Fahmi

Ujar Fahmi lagi, inisiatif itu bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malah petunjuk bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

“Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan terus berusaha dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan