26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Malaysia kutuk tindakan ganas Israel tindas tahanan Palestin – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya kempen penindasan ganas berterusan terhadap tahanan Palestin di beberapa penjara Israel dan menggesa pemimpin serta masyarakat dunia tampil mengambil pendirian sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut mempertegas sokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin yang mahu merealisasikan pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

“Malaysia menggesa semua pemimpin dunia berfikiran wajar dan masyarakat dunia yang bebas untuk secara langsung mengutuk pembunuhan warga Palestin secara terang-terangan oleh pihak berkuasa Israel.

“Malaysia turut menyeru komuniti antarabangsa untuk memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap jenayah itu dan menuntut rejim ini menghentikan segera tindakan kejam dan tidak bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menzahirkan simpati dan ucapan takziah Malaysia kepada anggota keluarga warga Palestin yang terbunuh dan cedera dalam serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin.

Baca juga:   Pelancong Malaysia gemar bercuti tanpa persediaan awal - Agoda

“Malaysia akan terus bersolidariti bersama rakyat Israel, mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan daripada pencerobohan haram Israel.

Khamis minggu lalu, media antarabangsa memetik Kementerian Kesihatan Palestin, melaporkan tentera Israel membunuh sembilan warga Palestin dalam serbuan di kem pelarian Jenin dan seorang di bandar al-Ram di utara Baitulmaqdis, selain mencederakan 20 yang lain.

Baca juga:   Muhyiddin bimbang dapatan kajian rakyat mula ‘ikat perut’

-EDISI9

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan