26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup

Mesti Baca

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa, berkata sehubungan itu, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Senawang 1 dan 2 untuk ke destinasi masing-masing.

“Kerja pembaikan cerun runtuh sedang dilaksanakan di tapak dan kita jangka mungkin dua ke tiga bulan lagi jalan itu boleh digunakan, penutupan sementara itu perlu demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna pada masa hadapan.

“Kawasan berkenaan sebelum ini memang ada rekahan awal dan kontraktor memang sedang buat kerja pembaikan namun disebabkan hujan hampir setiap hari, jadi rekahan makin aktif dan besar, pergerakan tanah berlaku dan tidak selamat untuk dilalui,”katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – BERNAMA

Baca juga:   Sempat hidup 25 saat selepas jet dibedil misil Iran

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan