24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

TVET: Keazaman, kesungguhan industri dituntut

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN

PERTUBUHAN Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyambut baik dan menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya industri dilibatkan sepenuhnya dalam perlaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Walaupun saranan ini bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi ia menuntut keazaman dan kesungguhan semua pihak khususnya penyedia latihan awam dan swasta serta pihak industri bagi memastikan saranan ini di laksanakan dengan konsisten.

Mengambil contoh beberapa program seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Perantis Industri Menengah Atas (PIMA) dan Teaching Factory (TEFA), kesemua ini adalah antara program yang pernah diilhamkan dengan penglibatan industri tetapi tidak begitu memberi impak besar memandangkan soal-soal urustadbir perlaksanaan yang tidak memihak sepenuhnya kepada industri.

Hakikatnya ketika ini memang terdapat banyak industri yang menjalankan latihan di tempat kerja terutama kepada lepasan sekolah yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah.

Advertisements

Namun, kaedah ini dianggap sebagai latihan kemahiran tidak formal dan menyukarkan pembangunan kerjaya tanpa persijilan dan pengiktirafan formal kerajaan.

Jika latihan yang dikendalikan industri sepenuhnya ini diformalitikan dengan adanya persijilan dan pengiktirafan tertentu maka ianya akan memberi banyak manfaat kepada semua serta mengurangkan kos latihan secara mendadak.

Ini secara tidak langsung akan mengubah lanskap latihan TVET negara yang mana kita akan melihat alam pekerjaan bukan sebagai tempat bekerja dan menerima gaji semata-mata tetapi sebagai pusat latihan, pengembangan bakat dan potensi.

Sudah tiba masanya kita serius dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat demi kesejahteraan ekonomi dan sosial bersama.

Namun, keazaman ini menuntut komitmen sosial yang tinggi dan semangat nasionalisme terpuji industri agar tidak mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menyumbang penuh kepada pembangunan modal insan tangan emas negara.


  • Penulis adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan