24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Waspada sindiket tawar lantikan perkhidmatan awam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG awam diminta berwaspada dengan sindiket penyamaran yang menawarkan perkhidmatan berbayar untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai sindiket penyamaran sebagai ahli suruhanjaya dan pegawai pengurusan tertinggi SPA yang menawarkan perkhidmatan yang kononnya berbayar itu.

“SPA menafikan telah menawarkan perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

“Sindiket penyamaran yang dikesan ini aktif dalam platform Telegram atau platform media sosial lain dengan menggunakan nama dan gambar ahli suruhanjaya atau pegawai pengurusan tertinggi SPA bagi memperdayakan mangsa,” katanya.

Advertisements

SPA menjelaskan, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan telah membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang.

“SPA mengingatkan dan menasihatkan calon supaya berwaspada serta tidak terpedaya dengan jerat sindiket ini,” ujarnya.

SPA menegaskan, permohonan pekerjaan boleh dibuat sepenuhnya melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dan tidak melibatkan campur tangan atau pengaruh mana-mana pihak.

Katanya, calon boleh terus memohon melalui SPA9 kerana tiada bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan