26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Akaun beku: Bersatu perlu belajar daripada UMNO – Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk belajar daripada pengalaman UMNO apabila akaun parti itu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, kesengsaraan yang dilalui Bersatu itu sudah pun terlebih dahulu dirasai UMNO selepas bertahun-tahun akaun parti itu dibekukan.

“Muhyiddin mohon supaya SPRM batalkan pembekuan akaun parti Bersatu. Alasannya parti itu akan sukar membayar gaji staf.

“Ini Muhyiddin kena belajar dengan UMNO. Sengsaranya UMNO bila akaun kena beku. Bertahun akaun UMNO kena beku. Baru dua hari lepas rayuan membekukan akaun UMNO ditarik balik,” katanya menerusi Facebook beliau.

Dalam pada itu, Mohd Puad secara sinis mendakwa tidak mungkin bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai duit lain selain daripada akaun Bersatu.

“Mustahil Muhyiddin tidak ada duit lain. Tan Sri Annuar Musa dakwa dalam bilik hotel Muhyiddin di Sabah duit berlonggok,”katanya.

Baca juga:   UMNO Libaran, penduduk baiki jambatan gantung usang

Semalam, Bersatu menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membatalkan pembekuan akuan parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata surat itu juga meminta pembatalan pembekuan dibuat sebaik siasatan SPRM ke atas akaun parti diselesaikan.

“Sebagai parti politik yang penting, jika tiada wang bagaimana kami dapat meneruskan kerja politik terutama membayar sewa pejabat, gaji kakitangan dan perkara berkaitan pengurusan parti .

Baca juga:   PM jamin surat 12 menteri kepada Agong tak gugat kerajaan

“Ini juga menjejaskan kelancaran Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi kerana BERSATU adalah sebuah parti yang penting dalam gabungan itu,”katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini juga mengesahkan membekukan dua akaun parti Bersatu.

Menurutnya, pembekuan akaun itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan pemimpin parti tersebut dipercayai melibatkan lebih RM300 juta.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan