30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cerun runtuh: Laluan LPT 2 menghala Ajil (utara) ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LALUAN Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 di Kilometer (KM) 393.4 arah utara menghala ke Ajil, Hulu Terengganu ditutup bagi semua kenderaan, sejak malam tadi.

LPT2 dalam kenyataan berkata, laluan tersebut ditutup berikutan kejadian cerun runtuh di laluan tersebut pada 11.10 malam.

Kenyataan itu berkata, kejadian berkenaan berlaku di dalam laluan kontra yang dibuka susulan kejadian banjir lumpur pada sebelah pagi.

“Dalam kejadian awal berlaku banjir lumpur pada 18 Disember kira-kira pukul 11.30 pagi di KM 393 (Arah Selatan) LPT 2 antara laluan Ajil ke Bukit Besi.

“Laluan kontra telah dibuka di KM 392.4 hingga KM394.6 bagi kerja-kerja pembaikan dan laluan kontra itu ditutup setelah kerja-kerja tersebut selesai.

“Namun begitu, sekitar 11.10 malam, satu kejadian cerun runtuh berlaku di KM 393.4 arah Utara menghala Ke Ajil, melibatkan kawasan laluan kontra yang telah dibuka sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah kenyataan itu, berikutan keadaan tersebut, semua kenderaan dari arah Kuantan dilencongkan keluar ke Plaza Tol Dungun, manakala dari arah Kuala Terengganu keluar melalui Plaza Tol Ajil.

Pengguna kenderaan di LPT 2 boleh hubungi LPT2line di talian 1-800-88-0220 untuk pertanyaan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan