31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pelebaran Lebuhraya di Johor tingkat kesalinghubungan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELEBARAN laluan Lebuhraya utama melibatkan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, dan Lebuhraya ke Pengerang, bukan sahaja dapat meningkatkan kesalinghubungan, tetapi juga dari segi logistik perniagaan, dan juga hubungan sesama rakyat dari dalam dan luar Johor.

Menyambut baik pengumuman Belanjawan 2023, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inilah harapan yang kami utarakan sebelum ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos melibatkan RM525 juta secara berfasa.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk menambah baik kemudahan jaringan lebuhraya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa yang tidak putus-putus dari seluruh Bangsa Johor dan usaha berterusan semua pihak, apa yang dihajati Kerajaan Negeri Johor untuk kemakmuran kita bersama dimakbulkan Allah SWT melalui pembentangan Belanjawan Persekutuan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sudah pasti dengan pelebaran laluan utama ini, ia akan usaha meningkatkan kesalinghubungan, yang bukan sahaja penting untuk logistik perniagaan, tetapi juga hubungan sesama rakyat dari dalam dan luar Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

Onn Hafiz berkata, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju agar enam projek tebatan banjir perlu melalui proses tender semula dengan segera, selewat-lewatnyanya bulan Jun 2023, termasuk Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi.

“Tidak ketinggalan, cadangan memperkukuhkan lagi pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan, dengan pakej imbuhan bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi, turut diumumkan YAB Menteri Kewangan.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri juga turut mengumumkan kerja-kerja awalan bagi menaik taraf 26 buah hospital di seluruh negara, termasuk pembesaran Hospital Pontian, Johor yang telah berusia hampir seabad.

“Dan tidak dilupakan, pengenalan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST),” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Johor ingin menzahirkan komitmen di peringkat tertinggi bagi memudahcara kesemua projek dan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan Bangsa Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan