26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Elak pecah undi sebab Ahmad Maslan tidak bertanding

Tiga calon dari Johor akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengambil pendekatan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan kali ini.

Ini kerana kata, Timbalan Menteri Kewangan I, beliau mengambil keputusan itu bagi mengelakkan pecah undi memandangkan Johor sudah mempunyai tiga calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya ambil keputusan dengan memilih untuk bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, bukannya Naib Presiden.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian bagaimanapun mengakui dirinya memenuhi kelayakan sekiranya mengambil keputusan bertanding jawatan itu.

“Kalau dari segi kelayakan dan pengalaman, saya memang sudah lama dalam UMBO dan pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO serta sudah meninjau kesemua 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

“Namun, saya tidak perlu menjadi seorang lagi calon Naib Presiden dari Johor. Apabila sudah terlalu ramai calon ia akan memecahkan undi,” katanya.

Ahmad berkata, negeri-negeri lain setakat ini hanya menghantar seorang sahaja calon bagi merebut jawatan Naib Presiden.

“Perwakilan akan lihat siapa wakil daripada negeri yang hendak mereka pilih. Pihak di luar sana juga akan fikir mengapa ramai sangat, sedangkan negeri-negeri lain hanya hantar seorang sahaja calon.

Setakat ini, lapan calon sudah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO di mana tiga calon dari Johor.

“Selebihnya dari Kedah iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid ; Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail); Perak (Datuk Seri Johari Abdul Ghani); Pulau Pinang (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) dan Perak (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan