26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lima ADUN umum keluar UMNO sertai Gagasan Rakyat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO-Barisan Nasional (BN) mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Mereka terdiri daripada ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Hamid Awang (Balung).

Turut bertindak sedemikian ialah tiga bekas ADUN Warisan ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Azlinah Ariff (Kunak) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor).

Menurut Yusof, beliau bersama rakan-rakan ADUN berkenaan telah memikirkan semasak-masaknya mengenai hala tuju politik di Sabah.

“Kami ADUN dan pemimpin pelbagai peringkat serta daripada pelbagai latar belakang pada hari ini mengisytiharkan membuat keputusan memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan yang beliau terajui.

“Memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu hari ini.

Advertisements

Menurut Yusof, dengan berpaksikan Perlembagaan Malaysia Perkara 10, mereka juga secara beramai-ramai termasuk para pengikut dan penyokong-penyokong di luar dewan mengisytiharkan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyertai Gagasan Rakyat.

Sokongan itu ujar beliau, adalah berdasarkan beberapa prinsip iaitu mentaati dan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa memerlukan kestabilan politik dalam negara dan negeri.

Sebelum ini, dalam pergolakan politik yang melanda Sabah pada Januari lalu, lima ADUN UMNO-BN termasuk Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat) menyatakan sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Manakala tiga ADUN Warisan yang sebelum itu mengumumkan keluar parti turut menyatakan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Hajiji.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan