Wednesday, July 22, 2026

Pemilihan UMNO: Jamal, anak tawar diri bertanding

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan anak sulungnya, Muhammad Amin Daniel menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti itu 11 Mac ini.

Kedua-duanya menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat UMNO hari ini.

Jamal berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sejak 10 tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya dan anak sulung sudah menyerahkan borang pencalonan kepada kakitangan ibu pejabat UMNO untuk proses pendaftaran calon pemilihan UMNO 2023-2026 hari ini.

“Selepas 10 tahun memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, sudah tiba masanya saya mencurahkan khidmat di peringkat Pusat,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu Muhammad Amin Daniel akan bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan