27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Sogok perwakilan: Lembaga Disiplin UMNO panggil Jamal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Disiplin UMNO memanggil Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus berhubung dakwaan sogokan kepada perwakilan pada pemilihan parti itu, bulan lalu.

Surat pemakluman untuk memanggil Jamal hadir itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun bertarikh 7 April lalu.

Dalam surat itu menyatakan Jamal dipanggil kerana didakwa melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO yang boleh dihukum di bawah Fasal 20.9.

“Bahawa Datuk Seri pada 17 Mac 2023, jam lebih kurang 6.15 petang sudah melakukan perbuatan rasuah dan sogokan politik dengan memberikan wang sebanyak RM1,000 kepada penama (12 perwakilan) dari Cawangan UMNO Parit Sungai Haji Dorani, Parit 3 Jalan Lama, Sungai Limau, Simpang Tiga Loji dan Pekan Pasir Panjang.

“Yang menjadi perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar melalui ejen Datuk Seri untuk memilih Datuk Seri sebagai ketua bahagian Sungai Besar pada pemilihan parti bagi sesi 2023-2026,” menurut kandungan surat berkenaan.

Advertisements

Untuk rekod, UMNO selesai mengadakan pemilihan partinya pada 18 Mac lalu.

Jamal berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar bagi penggal 2023-2026 dengan menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau mendapat sebanyak 373 undi manakala Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor memperoleh 254 undi.

Sehingga kini, Jamal masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dirinya dipanggil Lembaga Disiplin UMNO.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan