25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Safee umum bersara, bakal tubuh akademi bola sepak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali hari ini mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak profesional selepas hampir 20 tahun berada dalam arena berkenaan.

Safee, 39, berkata arena bolasepak akan sentiasa menjadi sebahagian besar daripada kehidupannya dan kini beliau dalam usaha untuk menubuhkan akademi bolasepak yang akan mencungkil bakat-bakat muda ke peringkat yang tertinggi

“Saya amat teruja untuk meneroka masa hadapan dan peluang yang menanti. Dalam peralihan ke fasa seterusnya dalam hidup saya, saya ingin memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam menjadi pemangkin untuk generasi bolasepak Malaysia yang seterusnya.

“Saya amat teruja untuk mengumumkan bahawa saya sedang dalam usaha untuk menubuhkan akademi bolasepak yang akan mencungkil bakat-bakat muda ke peringkat yang tertinggi,” katanya.

Dalam pada itu, selain daripada menyertai Astro Arena sebagai pengulas bolasepak , ikon bolasepak ini telah menjalankan usaha sama, termasuklah penubuhan Akademi Safee Sali, sebuah akademi yang bertujuan untuk membangunkan bakat-bakat anak muda terhadap bolasepak dalam negara.

Ujar beliau, matlamat utamanya adalah untuk menggunakan pengalaman dan pengetahuan tentang sukan mengajar generasi bolasepak seterusnya, dan membantu mereka untuk mencungkil potensi masing-masing.

“Di samping itu, Safee turut mengumumkan satu rancangan yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan diberi nama ‘Sports Tarik’, iaitu saluran Youtube khusus untuk mengupas mengenai topik-topik, pandangan dan personaliti yang menarik dalam dunia sukan.

Dihoskan oleh beliau sendiri, Safee berharap agar rancangan tersebut dapat memberi isi dan kandungan yang bernilai serta dapat mengeratkan hubungan beliau bersama peminat.

“Pada masa yang sama juga, saya juga dalam usaha untuk menghasilkan sebuah dokumentari bertajuk “Sepuluh” yang akan memaparkan kehidupan dan kerjaya bolasepak saya,” katanya.

Difahamkan, dokumentari itu untuk berkongsi tentang kehidupan Safee kepada dunia dan memberi inspirasi kepada sesiapa yang sedang mengejar cita-cita mereka.

Advertisements

Dokumentari tersebut bukan sahaja akan menceritakan tentang pencapaian Safee, tetapi turut menyelitkan kehidupan peribadi beliau dan watak-watak penting yang telah menyokong sepanjang perjalanan kehidupan beliau.

Untuk rekod, Safee mencatatkan lebih 136 jaringan gol untuk kelab dan 47 untuk negara.

Beliau telah memulakan kerjaya profesional pada tahun 2004 dan bermain dalam beberapa buah kelab bolasepak yang terbaik di dalam serta luar negara, termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City FC, Selangor FC dan Pelita Jaya FC dari Indonesia.

Dengan kemahiran menyerang dan kebolehan untuk membuat aksi akrobatik, beliau yang merupakan penyerang tengah adalah watak yang penting dalam kejayaan Malaysia memenangi Piala AFF pada tahun 2010.

Pada tahun 2022, beliau telah memegang rekod sebagai pemain bolasepak Malaysia pertama yang bermain dalam dua perlawanan akhir Piala AFC iaitu semasa bermain dengan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2015.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) , Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Safee merupakan lagenda sebenar bolasepak Malaysia dan menjadi contoh kepada pemain muda dalam negara.

“Dedikasi, usaha keras dan semangat beliau terhadap sukan telah menempatkan beliau di hati peminat di Malaysia dan komuniti bolasepak di seluruh dunia.

Bagi mewakili FAM, beliau ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Safee di atas sumbangan beliau terhadap bolasepak Malaysia dan semoga berjaya untuk masa hadapan beliau.

“Kami yakin beliau akan terus memberi impak yang positif kepada sukan, dan kami amat menantikan penglibatan beliau di dalam pembangunan bolasepak Malaysia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan