26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

CCC gesa KKM bentang langkah keselamatan

Pihak kementerian perlu segera bertindak memperketatkan sistem pengurusan keselamatan data dan aplikasi MySejahtera.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUSAT Pilihan Pengguna (CCC) menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera membentangkan langkah keselamatan melindungi kecurian data peribadi aplikasi MySejahtera daripada terus berulang.

Hal ini susulan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 yang mendedahkan sebanyak 3 juta data peribadi rakyat Malaysia dalam aplikasi MySejahtera telah dimuat-turun oleh akaun super-admin pada 28 Oktober hingga 31 Oktober 2021 yang lalu.

Menurut wakil CCC Malaysia, Tarmizi Anuwar, KKM digesa mempertingkatkan langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

“Pihak kementerian perlu segera bertindak memperketatkan sistem pengurusan keselamatan data dan aplikasi MySejahtera seperti yang disarankan oleh Laporan Ketua Audit Negara bagi mengelakkan pencerobohan data pengguna berulang lagi.

“Hal ini penting bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan laporan tersebut, selepas satu tahun tiga bulan laporan polis dibuat, kerajaan masih belum mendapat mengenal pasti medan data yang telah dimuat turun dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Sehubungan dengan itu, KKM perlu segera mengambil tindakan ini kerana selepas satu tahun tiga bulan masih tidak mengetahui atau mengenalpasti medan data peribadi yang telah dimuat turun.

Advertisements

“Hal ini sangat membimbangkan kerana seramai lebih tiga juta data pengguna berisiko untuk disalahgunakan oleh pihak yang telah memuat turun,”ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya lagi, KKM juga perlu mengambil serius soal selidik yang telah dijalankan oleh pihak audit mengenai persepsi pengguna aplikasi MySejahtera.

“Berdasarkan tinjauan tersebut sebanyak 2,699 respon atau 49.8 peratus tidak bersetuju data peribadi disimpan dalam pangkalan data aplikasi My Sejahtera.

“Manakala hanya 1,168 respon atau 21.8 peratus setuju dan selebihnya neutral.

“Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh pihak audit menunjukkan pengguna tidak yakin mengenai tahap keselamatan aplikasi MySejahtera dan mempunyai kerisauan sekiranya maklumat atau data peribadi mereka diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Walaupun sudah masuk ke fasa endemik dan aplikasi ini tidak digunakan seperti sebelum ini tetapi data peribadi pengguna masih disimpan dalam aplikasi ini.

“Justeru, KKM perlu mengambil tindakan segera dan menjelaskan secara umum kepada pengguna langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani perkara ini secara serius dan bertanggungjawab dalam memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan