31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Janji temu klinik pergigian melalui MySejahtera – KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memperluaskan sistem janji temu secara atas talian menerusi aplikasi MySejahtera ke klinik pergigian di seluruh negara berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, langkah dapat meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan dan kemudahan akses ke klinik pergigian selain daripada kaedah walk-in

Katanya, melalui inisiatif itu, orang awam boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti pergigian mengikut masa yang sesuai.

“Peluasan sistem janji temu MySejahtera baharu ini menawarkan janii temu pemeriksaan kesihatan pergigian melalui perkhidmatan pesakit luar.

“KKM juga akan memperkenalkan fungsi Automated Reminder melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut beliau berkata, pelanggan akan diberikan pemeriksaan, perundingan atau rawatan pergigian pada janji temu pertama tersebut. 

Katanya, sekiranya rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusya akan diaturkan. 

“Namun, bagi kes kecemasan seperti sakit gigi atau kecederaan pada tisu muka atau gigi, orang awam boleh hadir terus ke mana-mana klinik pergigian berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pendigitalan sistem janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian melalui aplikasi MySejahtera berpotensi meningkatkan efisiens sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian negara seta tahap kesihatan pelanggan. 

“lni mengukuhkan penjagaan kendiri dan saringan tahap kesihatan pergigian sebagai langkah pengesanan awal penyakit serta pencegahan penyakit pergigian,” ujarnya. – Edisi

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan