24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KBS wajib pengiring untuk atlet Para Negara

Jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet Para negara itu tertakluk kepada kuota penyertaan seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet Para negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa, berkuatkuasa serta merta.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, ketetapan itu bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), yang bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet Para negara dijaga sepanjang masa demi memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas.

“Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet Para kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet Para negara itu tertakluk kepada kuota penyertaan seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

Advertisements

“MSN dan MPM juga akan memastikan pegawai berpengetahuan dalam sesuatu sukan spesifik diberi tanggungjawab berkenaan,” katanya.

Ujar beliau, keputusan itu selaras dengan Klausa 12.4 berkaitan Tadbir Urus, Peranan dan Tanggungjawab Petugas Sokongan Atlet dalam Kod Klasifikasi Atlet Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

“Klausa berkenaan menjelaskan bahawa letugas sokongan atlet boleh dilantik daripada kalangan jurulatih, petugas perubatan, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang membantu atlet dalam perjalanan kerjaya mereka sebagai ahli sukan.

“Individu tersebut mestilah berpengalaman serta mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang digariskan dalam Kod Klasifikasi IPC berkenaan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan