32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Guna lesen bot tamat tempoh, bot sangkar ikan ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot sangkar ikan kerana menggunakan lesen bot yang telah tamat tempoh di Batu Maung petang semalam.

Penahanan itu dibuat pasukan bot ronda Maritim Malaysia menerusi Op Pertiwi pada kedudukan sekitar 0.5 batu nautika timur Batu Maung sekitar jam 4.40 petang.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati, bot itu dikendalikan oleh empat kru warga asing iaitu seorang tekong dan dua kru warga Myanmar serta seorang lagi kru warga Indonesia.

“Kesemua mereka berumur lingkungan antara 21 hingga 29 tahun.

“Daripada pemeriksaan lanjut terhadap dokumen mendapati, kesemua mereka mempunyai pengenalan diri yang lengkap tetapi disyaki melakukan kesalahan kerana mengendalikan bot dengan lesen yang telah tamat tempoh.

Baca juga:   Elak kecacatan kekal, diskriminasi akibat kusta - Khairy

“Kesalahan ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu beroperasi dengan mengendalikan bot menggunakan lesen yang telah tamat tempoh,” katanya di sini.

Beliau berkata, bot bersama kesemua kru dan tekong kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

Ujarnya, Maritim Malaysia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang sengaja melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Baca juga:   Maritim Malaysia lupus 9 bot nelayan Vietnam jadi tukun tiruan

“Orang ramai boleh menyalurkan aduan salah laku jenayah maritim atau kejadian kecemasan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan