30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

4 lelaki ditangkap miliki senapang, pistol buatan sendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS telah berjaya menangkap empat lelaki berusia lingkungan 29 hingga 48 tahun bersama tiga laras senapang angin dan sepucuk pistol buatan sendiri dalam tiga serbuan berasingan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, serbuan telah dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada Jumaat lalu.

Menurutnya, dalam serbuan pertama yang dilakukan di sebuah ladang sawit di Felda Kerteh 2, dua lelaki berusia 29 dan 37 tahun ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas selaras senapang dan sepucuk pistol buatan sendiri termasuk 28 biji bola besi yang disyaki digunakan sebagai peluru daripada kedua – dua suspek.

“Serbuan kedua pula telah dilakukan di sebuah rumah Kampung Durian Mentangau dan menahan seorang lelaki berusia 48 tahun kira-kira pukul 7.15 pagi dan merampas selaras senapang serta beberapa biji bola besi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Advertisements

Ujar Baharudin lagi, serbuan ketiga telah dilakukan di sebuah rumah Felda Kerteh 2, dan menahan seorang lelaki berusia 40 tahun serta merampas selaras senapang kira-kira pukul 8.30 pagi.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati tiga daripada empat suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dan ketiga – tiga mereka turut positif dadah jenis “Methamphetamine”.

“Kesemua suspek yang ditahan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 89 Akta Polis,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan