32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Hujan lebat berterusan, Kuantan dilanda banjir kilat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat berterusan yang melanda Kuantan, Pahang terutama di beberapa kawasan perumahan dan kampung menyebabkan berlaku banjir kilat, pagi ini.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah di Sungai Lembing, taman perumahan Sungai Isap Damai, Kampung Gudang Rasau dan kampung Cendering.

Berdasarkan gambar yang tular di Pekan Sungai Lembing, kawasan itu mula dinaiki air pada pukul 5 pagi, hari ini.

Begitu juga di beberapa kawasan lain berikutan hujan lebat berterusan pada pukul 4 pagi.

Kerajaan Negeri Pahang dalam satu makluman di Facebook menyatakan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir sedang dijalankan di Sri Damai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Sementara itu, data berdasarkan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan tiga sungai di daerah ini melepasi paras bahaya pada jam 8 pagi.

Sungai terbabit ialah Sungai Lembing, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Belat di Seri Damai, di sini.

Baca juga:   MAHB salur RM3.7 juta bantu kakitangan terjejas banjir

Paras air Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin melepasi paras amaran manakala Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula melepasi paras waspada.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 5.50 pagi ini memaklumkan, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan manakala hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Baca juga:   Kelantan dilanda banjir kembali, 4 PPS dibuka di Jeli

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pahang iaitu di daerah Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong.

Manakala, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan pula memaklumkan dalam Facebook beberapa laluan di Kuantan sudah dinaiki air.

Setakat pukul 10.45 pagi tadi, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan ditutup untuk semua kenderaan ringan bagi laluan paling pelahan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan