29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ismail Sabri menghadap Sultan Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Perkara tersebut dikongsikan Ahli Parlimen Bera itu dalam hantaran di Facebook.

Menurut Ismail Sabri, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Danga, Johor Bahru, petang semalam.

Beliau berkata, sesi menghadap itu adalah bersempena percutiannya dan keluarga ke Johor Bahru.

Ismail Sabri memaklumkan, sesi menghadap itu amat bermakna apabila dapat mendengar titah pandangan serta nasihat Sultan Johor sambil bertukar buah fikiran.

Advertisements

“Setiap kali ke Johor, menjadi satu kemestian bagi saya menghadap Tuanku Sultan dan sesi menghadap kali ini adalah bersempena percutian saya dan keluarga ke Johor Bahru.

“Peluang menghadap kali ini pastinya bermakna apabila dapat mendengar titah pandangan serta nasihat Tuanku Sultan, sambil bertukar buah fikiran.

“Saya mendoakan Duli Tuanku, serta seluruh Kerabat Diraja, sentiasa dilimpah rahmat dan dipayung berkat serta dikurniakan kesihatan juga kesejahteraan,” katanya hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan