28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Inspektor maut nahas rempuh tiang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai polis berpangkat inspektor maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di Kilometer 5, Jalan Palekbang-Tumpat, Kelantan, pukul 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Inspektor Chong Yeong Ren, 29, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa memandu kenderaan jenis Proton Saga dari Wakaf Bharu dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Terbak.

“Sampai di lokasi, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas beberapa meter sebelum merempuh dua tiang lampu di kiri jalan sehingga kereta yang dipandu terbalik.

“Mangsa telah tersepit di tempat duduk pemandu dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat bagi bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Muhamad Zaki, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, mendiang telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia tiga bulan.

“Polis Diraja Malaysia Kelantan akan mengiringi jenazah mendiang dan dihantar ke rumah keluarganya di Klang, Selangor,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan