24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM ucap tahniah buat Michelle Yeoh menang Golden Globe

Akan menonton filem yang dibintangi Michelle iaitu Everything Everywhere All at Once dalam masa terdekat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh susulan kejayaan beliau menjadi orang Malaysia pertama memenangi trofi Golden Globe Awards.

Anwar menyifatkan kejayaan meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal dan Komedi itu sebagai sesuatu yang membanggakan negara.

“Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Michelle atas pencapaian tingkat tinggi dalam industri seni perfileman tatkala meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal dan Komedi.

“Trofi mahsyur Anugerah Golden Globe yang berjaya dirangkul Michelle ternyata membanggakan negara dan rakyat terutamanya peminat filem,” katanya dalam Facebook hari ini.

Anwar juga berharap pencapaian Michelle bakal memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti.

Advertisements

Dalam pada itu, Anwar juga menyatakan akan menonton filem yang dibintangi Michelle iaitu Everything Everywhere All at Once dalam masa terdekat.

Terdahulu, Michelle, 60, merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.

Beliau menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Baru-baru ini, beliau turut diumumkan sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah Time.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan