25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dos penggalak kedua: Berlaku peningkatan mendadak

Sehubungan dengan itu, Dr Zaliha menasihatkan individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 agar segera mendapatkannya bagi melindungi diri dan orang tersayang khususnya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan berlaku peningkatan tren dalam pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan seluruh negara, sejak dua minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pengambilan dos penggalak pertama meningkat daripada 49.8 peratus atau 16,279,746 dos kepada 49 peratus iaitu sebanyak 16,292,524 dos, berbanding pada 1 Januari lalu.

“Dos penggalak kedua juga menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2 peratus atau 733,668 dos berbanding 1.9 peratus atau 633,941 sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, penggambilan dos penggalak kedua di Sarawak juga meningkat kepada 76,369 dos pada 17 Januari 2023 berbanding 56,462 dos 1 Januari lalu dengan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam tempoh 17 hari.

“Secara purata, jumlah pengambilan dos penggalak kedua di Sarawak meningkat 20 kali ganda iaitu sebanyak 2,085 dos sehari berbanding 101 dos pada 31 Disember 2022,” katanya.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, Dr Zaliha menasihatkan individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 agar segera mendapatkannya bagi melindungi diri dan orang tersayang khususnya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kes harian COVID-19 kekal mencatat angka bawah 500 kes sejak pembukaan sempadan negara Republik Rakyat China (RRC) pada 8 Januari lalu.

Selain itu, katanya, pelaporan kes harian COVID-19 kekal tiga angka sejak 17 Disember 2022.

“Berdasarkan laporan, sejumlah 28,705 pengembara dari RC dilaporkan tiba di Malaysia sejak 8 Januari hingga 17 Januari lalu.

“Tiada pengembara dari RRC yang dikesan positif COVID-19 di pintu mask antarabangsa negara setakat ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan