24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Syarikat penerbangan perlu tumpu operasi, elak kelewatan

MOT harapkan ada suatu operasi lebih baik bagi kurangkan masalah kelewatan penerbangan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mahu syarikat penerbangan menumpukan aspek operasi bagi mengelak berlakunya kelewatan penerbangan.

Menterinya Anthony Loke berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang rendah bagi mencari penyelesaian isu terbabit.

“Memang saya tahu berkenaan rungutan orang ramai berhubung isu delay (kelewatan) penerbangan.

“Ini disebabkan pelbagai faktor seperti teknikal, cuaca dan sebagainya.

“Tetapi saya sudah minta syarikat penerbangan untuk beri fokus kepada operasi sebab kita harapkan ada suatu operasi lebih baik bagi kurangkan masalah kelewatan penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelepasan pesawat penerbangan tambahan istimewa AirAsia sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), malam tadi.

AirAsia sebelum ini mengumumkan 52 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap ke enam destinasi di Sabah dan Sarawak dari 17 hingga 30 Jan 2023 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Baca juga:   Menteri Kabinet sebulat suara sokong Muhyiddin

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan harga tiket RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri.

Anthony berkata, sambutan menggalakkan diterima daripada orang ramai membuktikan inisiatif tersebut memberi manfaat kepada penumpang.

“Kita ingin beri peluang kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Semenanjung untuk pulang menyambut perayaan di Sabah dan Sarawak.

“Bukan sahaja untuk Tahun Baharu Cina tetapi ia akan diteruskan untuk Hari Raya kelak,” katanya.-BERNAMA

Baca juga:   Benarkan syarikat penerbangan buat jadual ikut permintaan

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan