29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ibu tekup muka anak hingga maut didakwa di mahkamah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG ibu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini atas dakwaan membunuh anak kandungnya yang berusia satu tahun enam bulan, Ahad lalu.

Tertuduh, Umishahirah Khalid, 20, yang kelihatan sugul mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Fuad Othman.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah di bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh antara jam 5.52 petang 11 Januari 2023 hingga 11.30 pagi 12 Januari 2023 di sebuah unit kondominium Vertex Tower, Cybersquare Cyberjaya telah melakukan pembunuhan dengan niat menyebabkan kematian anak kandung lelakinya berusia setahun enam bulan.

Tertuduh boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh menjatuhkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh diwakili oleh Johan Radzi yang menggantikan peguam utamanya Farhana Abdul Halim.

Nur Sabrina membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Hulu Kinta bagi pemeriksaan dan pemantauan mental.

Advertisements

Ahmad Fuad kemudiannya menetapkan 20 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Terdahulu, suspek berusia 20 tahun itu tiba di Mahkamah Sesyen pada 8.55 pagi, memakai baju lokap bewarna ungu dan diiringi anggota polis.

Semalam, media melaporkan suspek yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta disyaki membunuh anaknya dengan menekup muka kanak-kanak berkenaan pada 12 Januari lalu.

Jenayah itu dilakukan di sebuah kondominium ketika berada di inap desa di Cyberjaya bersama kekasihnya berusia 21 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, kanak-kanak itu mengalami pendarahan di kedua-dua belah anak mata berkemungkinan disebabkan penderaan terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Berita kematian kanak-kanak itu dimaklumkan oleh pegawai perubatan Hospital Cyberjaya pada Ahad lalu 8 pagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan