36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tak perlu diri berjam jam tunggu menteri, timbalan – Hannah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan beliau dan timbalannya, Adam Adli Abdul Halim tidak memerlukan protokol berlebihan di kementerian itu.

Ini termasuklah dengan warganya terpaksa berdiri dan menunggu berjam-jam bagi menyambut kehadiran mereka selain menunduk hormat.

Hannah berkata, sebaliknya cukup dengan warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan dan menjayakan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.

“Itu sudah memadai dan menjadi tanda kalian menghormati kami. Setiap polisi dan program kita mesti berdasarkan data, supaya berkesan kepada golongan sasar atau pihak pemegang taruh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat pertama kepada warga KBS selepas enam minggu menerajui kementerian itu, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar warga KBS dapat mewujudkan rasa semangat perpaduan tanpa  berkira soal kerja di antara agensi.

“Agensi-agensi mesti saling membantu, elakkan jadi “calculative”. Jangan lupa, kita adalah sepasukan,” katanya.

“Dalam KBS, kita mesti sihat dan cergas. Saya telah mengajak pimpinan tertinggi KBS untuk bersama-sama bersenam setiap hari Rabu lepas mesyuarat post-Cab. Letakkan sasaran untuk mencapai kecergasan dan kurangkan berat badan.

Selain itu, beliau turut berhasrat agar warga KBS dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Kita perlu sedaya upaya mengurangkan program pada hari Ahad. Selain demi keluarga kita, diri sendiri juga perlukan rehat.

Malah beliau turut berharap agar memperbanyakkan program dengan kos yang rendah tetapi mempunyai impak besar kepada majoriti rakyat, terutamanya mereka yang berada di pendalaman atau akar umbi.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan