28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bonus penjawat awam semua negeri dikecualikan cukai – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita baik buat semua pegawai perkhidmatan awam atau penjawat awam iaitu pengecualian cukai bagi bonus yang diterima masing-masing.

Ujar Anwar, isu pengecualian cukai bagi bonus yang diterima berkenaan merupakan antara desakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Bonus yang diberikan Kerajaan Negeri itu tertakluk kepada cukai, tetapi atas desakan Premier Sarawak… telah asak terus isu ini… bonus ini tidak tinggi, bonus ini akan dikecualikan cukai.

“Usul Premier Sarawak… walaupun dicadangkan untuk Serawak tetapi terpakai untuk semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri,” katanya dalam sidang media Pasca Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di Sabah, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan Setiausaha Kewangan Sarawak dilantik Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuat kuasa hari ini.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan