30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Warga emas tinggal seorang diri disamun, dibunuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas berusia 91 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kilometer 16 Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka, awal pagi tadi.

Mangsa, Misah Md. Amin, 91, tinggal seorang diri di rumah tersebut dan kejadian disedari oleh seorang lelaki warga Indonesia yang menyewa di pekarangan sama.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 3.54 pagi.

“Satu laporan diterima mengatakan ada satu kejadian samun sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Kampung Pulai Darat.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut dan menemui mangsa iaitu seorang warga emas berusia 91 tahun,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Advertisements

Ujar beliau lagi, hasil risikan pihak polis serta maklumat daripada orang awam, seorang suspek berusia 20 tahun berjaya diberkas di kawasan sama pada pukul 8 pagi.

“Suspek merupakan penganggur dan mempunyai tiga rekod lampau termasuk kes samun di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan