29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Guna Jata Persekutuan tanpa kebenaran boleh didenda, penjara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANA-mana pihak yang menggunakan Jata Persekutuan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh didenda atau dipenjara.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut JPM, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 bertajuk Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan telah dikaji semula dan ditambah baik dengan tatacara penggunaan Jata Persekutuan sebagai lambang kementerian dan jabatan kerajaan Persekutuan.

“Jata Persekutuan adalah hak kerajaan Persekutuan dan merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-raja Melayu dan diwartakan pada 27 Mei 1952.

Advertisements

“Kegunaannya adalah dibawah kuasa kerajaan Persekutuan dan penggunaannya dihadkan kepada kementerian, jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan apabila bertindak atas urusan rasmi masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan penyalahgunaan dan pengubahsuaian Jata Persekutuan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414).

JPM dalam kenyataannya berkata, Akta 414 menyatakan bahawa tiada sebarang salah guna atau ubah suai boleh dilakukan sesiapa saja kecuali dengan kebenaran bertulis menteri.

Menurutnya, kerajaan memandang serius pihak yang melanggar larangan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan