25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Bot kelas C ditahan, langgar syarat lesen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan Kelas C dengan nombor pendaftaran PSF 2331 sekitar jam 6.30 petang kelmarin di perairan Kuala Perlis, Perlis.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, tangkapan adalah hasil maklumat risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP).

“Bot nelayan kelas C tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 1.2 batu nautika dari barat Kuala Perlis, Perlis ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang dalam rondaan Op Aman.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, bot terbabit dikendalikan oleh tekong dan dua awak – awak kesemuanya warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 39 hingga 52 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot mendapati, terdapat beberapa unit tong biru berisi air tawar di atas bot dianggarkan sebanyak 20,000 liter dan bot tersebut telah diubahsuai dengan menambah ruang tangki minyak di bahagian belakang bot yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, “katanya di sini.

Baca juga:   Pendaftaran palsu, cuba sogok Maritim Malaysia: 45 kru, 3 bot nelayan Vietnam ditahan

Beliau berkata, anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, air, dan minyak sekitar RM 200,800.

Sehubungan dengan itu, ujarnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu Seksyen 8b kerana mengubahsuai tangki minyak tambahan tanpa kebenaran dan melanggar syarat sah lesen dan Peraturan 18 kerana tidak memiliki kelulusan Pengarah Jabatan Laut membawa kargo iaitu air tawar menggunakan vesel menangkap ikan.

Baca juga:   Kenapa tentera bawang dengki sangat dengan Neelofa?

“Bot, hasil tangkapan dan kesemua mereka, tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

MITI raih FDI RM13 bilion menerusi misi ke Singapura

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah berjaya meraih komitmen pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM13 bilion daripada tiga pelabur...

Lagi Artikel Berkaitan