29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kaji semula projek pembangunan di kawasan bukit – titah Agong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands berikutan kebimbangan berlakunya bencana alam.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Baginda juga bertitah agar segala bentuk projek di atas bukit tinggi, harus diberi perhatian yang serius.

“Ini kerana Baginda mendapati masih terdapat projek, khususnya yang berasaskan pertanian dilihat berleluasa di Cameron Highlands,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan sumbangan kepada 21 keluarga mangsa banjir lumpur di Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang, semalam.

Keberangkatan tiba Baginda ke majlis pengurniaan pada jam 3 petang disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama, Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak.

Sejurus ketibaan, Baginda berkenan menerima persembahan taklimat oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman mengenai kejadian banjir lumpur yang berlaku di daerah Cameron Highlands.

Dalam pada itu, Baginda turut menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir terbabit dan bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa dalam musibah banjir lumpur itu.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan