26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pelajar maut motosikal rempuh kerbau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor kerbau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Dengkil-Air Hitam, Dengkil, awal pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 1.30 pagi, remaja berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, sebelum nahas berlaku mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berseorangan sedang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke rumahnya di Taman Dengkil Jaya.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal terbabit gagal dikawal dan tidak sempat mengelak seekor kerbau yang tiba-tiba melintas sebelum merempuh haiwan itu.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal yang ditunggang mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, daripada pemeriksaan, mangsa memakai topi keledar tetapi tidak memiliki lesen memandu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai paramedik akibat kecederaan di bahagian kepala.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Putrajaya, untuk bedah siasat dan ujian COVID-19,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, motosikal mangsa kemudiannya ditahan untuk pemeriksaan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan