26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Batal projek HSR: Mahathir, Muhyiddin diheret ke mahkamah

Plaintif juga menuntut agar Dr Mahathir dan Muhyiddin membayar pampasan bernilai RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia.

Mesti Baca

DUA bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diheret ke mahkamah berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura.

Memetik laporan MediaCorp Singapura, seorang rakyat Malaysia, Mohd Hatta Sanuri telah memfailkan writ saman terhadap kedua-dua pemimpin itu serta tiga yang lain bagi memulihkan projek tersebut.

Beliau juga menuntut agar Dr Mahathir dan Muhyiddin membayar pampasan bernilai RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia.

Berdasarkan salinan writ yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, plaintif menamakan Dr Mahathir dan Muhyiddin sebagai defendan pertama dan kedua.

Turut disenaraikan ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Sementara itu MalaysiaKini yang memetik kenyataan plaintif berkata, Dr Mahathir cuai dan melakukan kesalahan penyelewengan dalam jawatan awam apabila ketika menjadi Perdana Menteri Ketujuh telah membuat keputusan untuk menangguhkan projek HSR pada 5 September 2018.

Baca juga:   PRU15 : Tok Mat berdepan saingan lima penjuru

Akibat penangguhan projek tersebut menyebabkan Malaysia membayar pampasan sebanyak RM46 juta kepada Singapura pada 31 Januari 2019.

Plaintif mendakwa Muhyiddin selaku Perdana Menteri Kelapan, juga melakukan kecuaian dan penyelewengan dalam jawatan awam dengan menamatkan projek HSR pada 31 Disember 2020.

Baca juga:   Malaysia, Brunei setuju laksana insiatif VTL melalui udara

Ini menurutnya, menyebabkan Malaysia membayar lebih RM320 juta sebagai pampasan kepada Singapura pada 2021 untuk pembatalan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara.

Plaintif juga mendakwa Mustapha dan Ka Siong juga cuai dan melakukan penyelewengan dalam jawatan awam berhubung penangguhan projek itu

Plaintif mendakwa bahawa antara kerugian yang dialami oleh semua rakyat Malaysia berikutan penamatan projek HSR, adalah hilangnya keyakinan pelabur asing terhadap negara.

Selain itu, rakyat Malaysia juga kehilangan 70,000 peluang pekerjaan yang berpotensi bergaji tinggi daripada projek itu, kehilangan peluang untuk memperoleh keuntungan RM70 bilion daripada pembinaan, operasi HSR serta lebih RM366 juta akibat pembayaran pampasan kepada Singapura.

“Berdasarkan fakta di atas, defendan perlu membayar ganti rugi teruk dan teladan kepada setiap rakyat Malaysia, termasuk plaintif, untuk tindakan yang tidak mengikut perlembagaan, kejam dan untuk manfaat tidak jujur mereka sendiri yang membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia,” dakwa Hatta.

Melalui tindakan undang-undang sekarang, plaintif memohon beberapa relif, antaranya pengisytiharan untuk menarik balik pembatalan projek HSR.

Sebelum ini Hatta pernah menjadi tumpuan apabila mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana menganugerahkan kedaulatan Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) kepada Singapura.

Baca juga:   Muhyiddin minta ahli Bersatu siap siaga hadapi PRU-15

Bagaimanapun, tindakan undang-undang itu gagal.

Lelaki berusia 46 tahun itu membuat rayuan berhubung perkara tersebut di Mahkamah Rayuan.

Baca juga:   Benci sekali pun, tak patut hina PM dalam FB Jokowi

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan