26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Anwar didesak dedah senarai lantikan rahsia lain

Kononnya menentang kronisme tetapi secara rahsia melantik anak sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak agar mendedahkan senarai lantikan rahsia lain di bawah pentadbirannya pada masa kini.

Desakan itu dibuat Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan susulan terbongkarnya rahsia pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan berkaitan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri iaitu bapanya sendiri.

Beliau berkata, jika tidak kerana Nurul Izzah tidak ‘terlepas cakap’ bahawa beliau kini menjawat jawatan itu sejak 3 Januari lalu dalam satu temu bual dengan akhbar The Star tiada siapa yang tahu tentang perkara itu termasuk para penyokong Pakatan Harapan (PH) sendiri.

“Kononnya beliau (Anwar) menentang kronisme tetapi sebaliknya dengan secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

“Padahal, Malaysia ini negara yang kaya dengan kepelbagaian dan telah melahirkan ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan tersohor tanah air.

Baca juga:   Iskandar Malaysia terima pelaburan RM13 bilion - PM

“Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi.

“Tapi rupa-rupanya yang dipilih ialah anak Anwar! Untung jadi anak Papa!,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata, walaupun tidak melibatkan sebarang bayaran elaun atau gaji, namun lantikan tersebut membuktikan Anwar mengamalkan nepotisme yang sebelum ini beliau sendiri menentangnya.

Beliau berkata, rakyat tidak mempersoalkan sama ada ia berfiat pro bono atau berbayat tetapi mereka mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik anaknya sendiri sebagai penasihat kanan.

Baca juga:   Tak dapat wang, lelaki baru keluar penjara bakar rumah keluarga

“Rakyat pun tahu kuasa ‘Anak Perdana Menteri’ apabila dilantik sebagai penasihat rasmi, adalah kuasa yang besar.

“Rakyat persoalkan kuasa dan kedudukan yang diberi. Sama ada bergaji atau tidak adalah tidak relevan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut agar Anwar mendedahkan senarai lantikan rahsia lain di bawah pentadbirannya serta memberikan penjelasan kenapa pelantikan Nurul Izzah dirahsiakan.

“Selain itu, Anwar mesti jelaskan apa bidang kuasa yang diberi kepada Nurul Izzah,” katanya.

Nurul Izzah dalam satu temu bual dengan akhbar The Star memaklumkan bahawa beliau kini berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan di Pejabat Perdana Menteri sejak 3 Januari lalu.

Perkara itu kemudian disahkan sendiri oleh Anwar dan mengaku beliau yang mempelawa anaknya itu dan kemudian melantiknya ke jawatan itu namun tiada elaun atau gaji diberikan. – Edisi 9

Baca juga:   PM seru insafi pengalaman Nabi Muhammad SAW

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan