32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerja 45 jam seminggu bermula 1 Januari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENAMBAHAN cuti bersalin dan pengurangan waktu bekerja bakal dikuatkuasakan bermula 1 Januari menerusi perlaksanaan Pindaan Akta Kerja 1955.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, melalui pindaan tersebut, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasa tanpa penangguhan bermula tarikh tersebut serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Menurutnya, kandungan pindaan itu juga melibatkan penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari dan penetapan cuti paterniti tujuh hari yang harus diteruskan kerana undang-undang ini sudah pun diluluskan Parlimen.

“Sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Pelaksanaan perkara ini yang tertangguh sebelum ini adalah penting untuk kita laksanakan, ia jaminan kepada pekerja,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pemain industri dan majikan.

Media sebelum ini melaporkan pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya berkuat kuasa 1 September lalu, tetapi ditangguhkan ke 1 Januari 2023.

Penangguhan itu dibuat susulan pemain industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan masih dalam proses pemulihan ekonomi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan