30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jangan timbulkan persepsi bukan-bukan terhadap PN – Hamzah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, jika terdapat apa-apa kesalahan yang telah dilakukan, sewajarnya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukannya sahaja.

“Sebagai seorang Menteri Kewangan, YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak perlu menuduh dan mengeluarkan persepsi buruk terhadap kerajaan sebelum ini.

You are the Prime Minister now (Kamu adalah Perdana Menteri sekarang) bukan ketua pembangkang lagi.

I’m the ketua Pembangkang (Saya ketua pembangkang). Jangan buat tuduhan sombrono lagi.  No more fake news from you (tiada lagi berita palsu dari kamu),” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Ahli Parlimen Larut itu lagi, rakyat mengetahui bahawa PN memperolehi sokongan yang besar di mana 74 ahli Parlimen yang telah diberikan sokongan dan madat yang kuat.

“Jangan pula sokongan yang ikhlas dan jujur daripada rakyat ini ditohmah sebagai sokongan yang dibeli dengan wang perjudian,” katanya.

Terdahulu, terdapat dakwaan bahawa parti-parti komponen PN menerima dana daripada syarikat judi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bagaimanapun, PN secara tegas menafikan tuduhan bahawa gabungan itu menerima dana politik daripada hasil perjudian ketika PRU tersebut.

Hamzah dilaporkan berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya mengeluarkan tuduhan dan persepsi buruk terhadap Kerajaan sebelum ini.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan